Kewujudan dan penggunaan Torah Lisan

Teks tertulis memerlukan penerangan dan pentafsiran. (Lihat, hermeneutika.) Nilai penting Torah Lisan terletak pada pegangan Judaisme Rabai bahawa ia diberi Tuhan bersama-sama Torah bertulis kepada Moses, justeru ia mempunyai nilai pengikat kepada penganut agama. Kepada para Rabai zaman purba, Torah Lisansama berat hukumannya dengan hukum-hakam yang bertulis (perbanding dengan Karait). Maklumat terperinci boleh diperoleh melalui karya Rabai Nathan Cardozo[6], dan Rabai Gil Student,[7]

  • Ayat Bible yang mempunyai sifat tradisi lisan: Banyak ayat dalam Torah memerlukan pentafsiran. Malah separuh ayat menganggap pembaca tahu apa yang dirukukkan oleh ayat tersebut. Banyak istilah yang digunakan dalam Torah tidak diberi takrif, dan banyak perbuatan disebut tanpa penjelasan atau panduan, menganggap pembaca sudah biasa dengannya. Beberapa contoh seperti berikut:[8][9][10] Pembicaraan tentang shechita (penyembelihan kosher) dan Bab Deuteronomy 12 menyatakan 'kamu akan bunuh binatang peliharaanmu dan kawananmu yang dikurniakan Tuhanmu, sebagaimana aku perintahkan kamu,' namun perintah tunggal Torah yang diberikan sebelumnya ialah, 'kamu tidak akan memakan darah [binatang]'. Sama juga, Deuteronomy 24 membincangkan hukum-hakam perceraian sepintas lalu; dianggap pengetahuan tentang bila perkahwinan semula boleh dilakukan sudah ada pada pembicara. Juga, tali biru tekhelet pada tzitzit mesti dicelup dengan pewarna yang didapati daripada apa yang dipercayai beberapa sarjana sebagai sejenis siput, merupakan satu perincian kecil yang hanya disebut dalam Torah lisan.[11]
  • Ketekalan antara tradisi lisan dan ayat-ayat Bible. Frasa 'mata untuk mata, gigi untuk gigi, tangan untuk tangan, kaki untuk kaki' dalam Bab Exodus 21:22–27 ditafsir dalam tradisi lisan sebagai menandakan ganti rugi kewangan – berbanding Lex talionis (hukuman pembalasan yang melibatkan kecederaan anggota tubuh)[12] harfiah.[13] Ini merupakan penjelasan tunggal yang tekal dengan Numbers 35:31 (Inggeris). Lagi, pembalasan secara peribadi jelas ditegah oleh Torah (Leviticus 19:18); hukuman saling hanya boleh dilakukan hakim. Contoh kedua: Perkahwinan Boaz dengan Ruth yang diperikan dalam Kitab Ruth kelihatan bercanggah dengan tegahan terkandung dalam Deuteronomy 23:3–4 yang menegah perkahwinan dengan kaum Moabite – Torah Lisan menerangkan bahawa tegahan ini dihadkan kepada orang lelaki kaum Moabite. Contoh ketiga: Kaedah rabai mengira Omer dalam Leviticus 23:15-16 bercanggah dengan kaedah yang diguna pakai puak Karaite, yang kelihatan lebih serasi dengan pembacaan harfiah ayat-ayat ini, tetapi disokong oleh Joshua 5:10-12.[14] Targum Onkelos (abad pertama Masihi) secara amnya tekal dengan tradisi atau pengisahan lisan seperti dicatatkan dalam Midrash, yang ditulis hanya dalam abad ketiga atau keempat Masihi.[15]
  • Ketekalan dengan penemuan arkeologi: Perdebatan rabai pada tahun 1100-an yang berlaku antara Rabbi Tam dan Rabbi Rashi tentang Skrol kulit dalam Tefillin (set kotak kulit kecil yang mengandungi ayat-ayat daripada Torah; dipakai sewaktu sembahyang pagi)[16] sebenarnya juga berlaku sezaman sekurang-kurangnya dengan masyarakat Qumran, 1200 tahun sebelumnya.[17] Sama juga, Mikvah (mandi suci)[18] di – tekal dengan keperluan yang ditetapkan rabai seperti terdapat dalam treatis Mikvaot, tetapi dibuat lebih kurang 120 tahun sebelum Mishna dibukukan.[19] Sebuah mohor diperbuat daripada tanah liat yang dijumpai di Baitulmuqaddis pada tahun 2011 juga tekal dengan kisah lisan yang dirakamkan dalam treatis Shekalim dalam Talmud. [20][21] Papirus 'Elephantine' tahun 419 SM memuatkan 'utusan Passover'(keraian peristiwa perpindahan dari Mesir. Juga menandakan permulaan musim menuai)[22] yang mengandungi banyak adat resam keagamaan yang diguna pakai pada zaman ini.[23] Di antara papirus Elephantine ialah teks terawal Ketubah (kontrak perkahwinan Yahudi) bertarikh lebih kurang 440 SM.

Rujukan

WikiPedia: Torah Lisan http://people.ucalgary.ca/~elsegal/TalmudMap/MG/MG... http://hirhurim.blogspot.com/2005/11/onkelos-and-o... http://www.google.com/search?tbm=bks&tbo=1&q=%22du... http://www.jewishencyclopedia.com/view.jsp?artid=1... http://www.tekhelet.com http://www.torahresource.com/EnglishArticles/Count... http://bennypowersisraeltours.wordpress.com/tag/mi... http://dailydaf.files.wordpress.com/2011/04/teffil... http://torahtourguide.wordpress.com/2012/03/19/sou... http://www.humboldt.edu/~kmb2/paper.html